Mengenai Kami

Aduan Pengguna

PPPMWPKL

Sebagai cawangan negeri, kami secara berpasukan siap sedia membantu pengguna diluar sana terutamanya yang berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam memberikan panduan, pendidikan serta bantuan pelbagai khidmat demi mempertahankan hak hak pengguna agar tidak ditindas oleh pihak pihak yang tidak bertanggung jawab.

Dengan kepimpinan Dato’ Sri Dr Lai Chai Suang dan semua Jawatankuasa Tertinggi beserta biro biro yang telah dilantik sedia memberikan perkhidmatan (konteks pengguna) kepada mereka yang memerlukan.

Kami secara rasmi beroperasi di Pejabat kami seperti berikut:

PPPM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
No. 36-2, Tingkat 2,
The Earth Bukit Jalil,
Jalan Jalil 1, Bukit Jalil,
57000 W.P Kuala Lumpur.

VISI

Ditubuhkan dengan tujuan untuk membela nasib pengguna yang teraniaya oleh tindakan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab dalam melakukan sebarang urusan dengan pengguna.

Jesteru itu kewujudan PPPM WP Kuala Lumpur bertujuan untuk menjadi satu platform dan saluran tepat untuk pengguna menyalurkan sebarang aduan sekiranya mendapati terdapat salah laku  dan tindakan tidak beretika oleh pihak pihak pihak yang tidak bertanggungjawab.

MISI

Berikut adalah beberapa misi utama kami:

  • Memberikan pendidikan kepada pengguna (Hak Pengguna).
  • Menjalankan pelbagai kempen selari dengan kehendak kerajaan Malaysia.
  • Menubuhkan cawangan (Daerah) di WP Kuala Lumpur – 11 Parlimen.
  • Menyampaikan maklumat SAHIH dan berguna kepada pihak pengguna.
  • Mencapai keahlian seramai 5,000 orang menjelang akhir tahun 2018.

CARTA ORGANISASI

Coming Soon...